Browse By

Ayah Setan Penjara 48 Tahun, Sebat 24 Kali Setelah Merogol, Meliwat Anak Sendiri Lebih 600 Kali

CELUPAR.COM (PUTRAJAYA): Sebagai seorang penjaga kepada anak yang memerlukan perlindungan, seorang lelaki dengan kekuatan tangan yang dianugerahkan oleh pencipta haruslah tahu memanfaatkannya demi keselamatan ahli keluarga sendiri.

Tetapi tidak semua yang berlaku seperti yang diharapkan apatah lagi mereka yang telah dikuasai oleh nafsu setan semata-mata.

Seorang lelaki (nama dirahsiakan) telah dijatuhkan penjara selama 48 tahun dan 24 sebatan atas tuduhan dan didapati bersalah memperlakukan jenayah terhadap anak gadisnya sendiri yang masih remaja.

Lelaki tersebut berusia 36 tahun telah memulakan aktiviti jenayah terhadap anak remajanya itu setelah bercerai  dengan isterinya pada 2015 lepas.

Pesalah  dikatakan telah  melakukan gangguan seksual terhadap mangsa  dan kemudian merogolnya, serta meliwatnya beberapa kali setiap hari sejak mangsa berusia 13 tahun sehinggalah 15 tahun.

Perkara tersebut telah diketahui apabila mangsa sendiri telah memberitahu kepada ibunya tentang hasrat pesalah untuk mengambil 2 lagi adik perempuannya untuk tinggal bersama mereka.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman kepada lelaki tersebut  setelah didapati bersalah terhadap kesemua pertuduhaan ke atasnya.

Sumber: NST.

Komen