Browse By

Video Ibu Bapa Bangang Mengunci Anak Di Dalam Locker Untuk Pergi Berenang

CELUPAR.COM: Ibu bapa yang baik adalah ibu bapa yang sanggup meninggalkan aktiviti rutin demi menjaga anak kecil yang memerlukan sepenuh perhatian kerana kanak-kanak terutamanya bayi akan sentiasa terdedah kepada bahaya.

Di China, sepasang suami isteri telah pergi ke kolam renang awam untuk berekreasi dan kerana mereka membawa anak kecil kemungkinan masa untuk mereka beriadah adalah amat terhad.

Untuk menyelesaikan masalah itu, kedua mereka telah mengunci anak mereka ke dalam locker untuk ditinggalkan sementara kedua pasangan itu pergi berenang.

Kemungkinan anak merasa tidak selesa di dalam locker, akhirnya dia menangis dan kemudian dikeluarkan dengan bantuan kakitangan di kolam itu.

Namun begitu, tidak diketahui berapa lama kanak-kanak tersebut berada di dalam sebelum dikeluarkan, dan tidak diketahui jantina serta usia sebenarnya.

Yang pasti insiden kebodohan itu telah berjaya dirakam oleh netizen lalu viral untuk ditonton.

Komen