Browse By

Suami Membakar Isteri Gara-Gara Memuatnaik Gambar Selfie Di Facebook

CELUPAR.COM: Kecemburuan terhadap perilaku isteri sudah menjadi kebiasaan kepada seorang suami, apatah lagi di dalam budaya nusantara yang mengikat isteri kepada beberapa peraturan tertentu untuk menjaga mahupun mengawal tindak-tanduk ketika bersosial.

Di Chiang Kham, Thailand, sepasang suami isteri yang kelihatan seperti dalam keadaan normal telah menjadi perhatian netizen kerana satu insiden cemburu oleh sang suami.

Seorang isteri yang lebih dikenali sebagai Nednapha telah mengunggah 3 foto selfie nya ke laman media sosial Facebook, dan ini telah menimbulkan kemarahan suaminya yang dikenali sebagai Chatchawarn.

Tanpa berfikir panjang Chat menyiram Nednapha dengan minyak lalu menyalakan api di badannya.

Dalam keadaan terbakar, Nednapha sempat menyelamatkan diri namun terpaksa menjalani 3 sesi pembedahan (ketika ini) malah harus menjalani beberapa siri pembedahan lagi di masa akan datang.

Untuk membantu Nednapha menjalani pembedahan sehingga selesai pada masa akan datang nanti, rakannya Sudarat Khunarup telah menggambar keadaan Ned yang sungguh menyedihkan untuk dilihat orang ramai bagi tujuan memungut derma.

“Dia telah menjalani operasi di leher, mulut, dan dagu dua atau tiga kali. Jari-jarinya juga telah rosak teruk dan dia memerlukan lebih banyak operasi pada lengan kanannya,” kata Sudarat.

“Dia tidak boleh bekerja dan suaminya juga tidak dapat membantunya kerana dipenjara. Sekarang dia memerlukan bantuan untuk keperluan seperti air, salep alkohol untuk luka-luka, kain katun, pakaian dan perlengkapan perubatan lainnya” tambahnya Sudarat lagi.

Namun dalam keadaan menderita, Ned tetap memaafkan suaminya dengan alasan kerana mereka memiliki anak, walaupun secara fizik dan emosi dia cukup disakiti.

Sumber berita: Trending News Portal.

Sumber gambar | video: TribunNews | YouTube.

Komen