Browse By

Suami Menendang Wajah Isteri Yang Sedang Merajuk Hingga Gigi Patah

CELUPAR.COM: Sudah lumrahnya seorang isteri yang taat kepada suami akan menanti kepulangan suami di rumah walau terpaksa berjaga sehingga tengah malam.

Demi kesetiaan dan kasih sayang isteri, maka suami juga harus faham dengan fitrah kejadian perempuan yang sensitif kepada banyak perkara termasuklah sikap suami yang boleh mengecewakan sang isteri.

Di Indonesia, seorang isteri telah mengunggah satu status curahan hat di media sosial berkenaan penganiayaan suami terhadap dirinya.

Pengguna yang hanya dikenali sebagai Nem telah menunggu suaminya yang telah keluar pada waktu malam sekitar jam 12.00 tengah malam sehingga 2.00 subuh.

Walaupun Nem bosan dengan perkara tersebut namun digagahi juga sehinggalah suaminya pulang dan ketika itu Nem telah merajuk dengan suaminya, dan tidak melihat wajah suaminya pun sambil memegang telefon bimbit.

Berang dengan keadaan itu, akhirnya sang suami menendang wajah isterinya sehingga menyebabkan kedua gigi hadapannya patah.

Screenshot curahan hati Nem itu telah diunggah oleh seorang lagi pengguna Instagram @ndorobeii.

Seorang lagi netizen dari Facebook dikenali sebagai Eris Riswandi, mendakwa insiden menendang wajah isteri itu berlaku di Ponorogo, Jawa Timur.

Apapun punca dan penyudah kejadian itu, ternyata suami panas baran itu pasti bakal kehilangan isteri yang cantik manis.

 

Komen