Browse By

Tangan Gadis Ditetak Hingga Putus Oleh Si Penagih Cinta

CELUPAR.COM: Gara-gara cintanya ditolak, seorang lelaki telah menetak tangan gadis pujaan hatinya sehingga putus ketika membeli di sebuah pasar umum di India.

Lelaki yang bekerja sebagai seorang pengimpal logam itu yang dikenali sebagai Vinod Chaurasia, berusia 19 tahun telah memerhatikan gadis malang yang berusia 15 tahun dan masih bersekolah itu sejak beberapa bulan lepas.

Ketika mangsa sedang berjalan-jalan di pasar dengan adik lelakinya di pasar Lakhimpur Pheri, negeri Uttar Pradesh, Vinod telah cuba untuk bertemu dan mempelawa mangsa untuk keluar dengannya.

Namun mangsa telah menolak pelawaan dari Vinod dan tanpa diduga dia telah memotong tangan mangsa sehingga putus.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian telah berjaya menahan Vinod, dan cuba membantu gadis itu untuk bertahan.

Menurut pihak polis yang ditugaskan untuk mengendalikan kes tersebut, mangsa dalam keadaan kritikal kerana telah kehilangan banyak darah.

Setakat ini pihaknya masih lagi menunggu mangsa untuk gadis itu sembuh sebelum mengambil kenyataan berhubung motif serangan.

Sumber: Daily Mail.

Komen