Browse By

Bosan Tingkah Laku Suami, Isteri Melelong Suaminya Di Facebook Secara Percuma

CELUPAR.COM: Hidup berumahtangga pastinya akan menghadapi pelbagai dugaan yang mungkin boleh menggugat keharmonian rumahtangga, tidak kira ia besar, kecil, perkara remeh, dan mungkin apa sahaja yang terkait dengan punca pertengkaran atau ketidakpuashatian.

Di Kings Lynn, Norfolk, England, sepasang suami isteri Rob Turner, 33, dan isterinya Teresa Turner mengalami hal serupa namun bagaimana dan cara ia ditangani itu yang menjadikan insiden ini sesuatu yang mungkin juga melucukan.

Ia bermula apabila si suami Rob sedang bersama dengan isterinya di tingkat bawah rumah mereka lalu Rob memainkan satu video dari YouTube yang memainkan tayangan video orang sedang mengunyah dengan keras.

Teresa tidak menyukai bunyi dari video lantas meminta suaminya untuk mematikan sahaja video tersebut.

Rob tidak mengendahkan permintaan isterinya malah menaikkan volume pada video itu sehingga menyebabkan Teresa berang lalu pergi ke ruang atas rumah mereka dan masuk ke bilik kemudian melakukan sesuatu yang mengejutkan.

Teresa membuka akaun Facebook miliknya lalu memuatnaik gambar dia dan suaminya ke komuniti Kings Lynn dengan tujuan melelong suaminya secara percuma.

 

Dalam tempoh singkat, postingan yang dilakukan oleh Teresa mendapat pelbagai reaksi netizen dengan berbagai komen yang telah diberikan.

Lebih mengejutkan ada juga yang secara serius ingin membeli Rob dari Teresa.

Teresa yang rasa bersalah kerana melelong suaminya dan sedar betapa Rob masih diminati ramai akhirnya memadam jualan itu dari Facebook.

Komen Rob tentang perkara itu pula, yang dia hanya memainkan video itu berulang-ulang kali kerana bergurau dengan Teresa walaupun ketika itu Teresa telah naik ke atas ruangan rumah mereka.

Menurut Rob lagi akhirnya dia sedar yang dirinya telah dilelong ketika melihat postingan dari isterinya di Facebook.

Walaupun “harga” diri Rob pernah jatuh seketika ketika lelongan berlangsung, namun dia tidak memarahi isterinya malah mereka tertawa bersama dengan insiden itu, kerana itu hubungan mereka semakin baik.

Sumber: Tribunnews.

Komen