Browse By

Gadis Kecil Mencuri Perhatian Dunia Kerana Kekurangannya

CELUPAR.COM: Memiliki kekurangan pada fizikal dan rupa manusia selalunya mendatangkan sedikit rendah diri berbanding mereka yang memiliki rupa paras dan sifat yang mungkin lebih baik.

Walaupun bukan semua dari mereka (pemilik kekurangan) sentiasa bersikap positif dengan keadaan diri mereka, namun terlalu ramai dari individu atau kelompok ini yang lebih suka mengasingkan diri dari masyarakat.

Kerisauan untuk dicemuh mahupun takut untuk bergaul sentiasa menghantui mereka sepanjang masa.

Berbeza dengan gadis kecil ini yang sebenarnya memiliki kekurangan iaitu seorang Albino iaitu keadaan di mana kulit, dan hampir kesemuanya putih.

Sebaliknya berlaku, gadis kecil ini yang dikenali sebagai Naryana berasal dari Yakutia, Siberia, dan berusia 8 tahun tidak pernah memiliki perasaan yang Albino itu adalah kekurangan.

Naryana yang memang gemar melakukan pose di hadapan kamera sememangnya memiliki wajah yang cantik dan penuh keyakinan sehingga seorang jurugambar, Vadim Rufov mengiktiraf kecantikannya.

BACA LAGI INFO MENARIK: KANAK-KANAK 12 TAHUN MENGANDUNGKAN ANAK DENGAN SUAMI BERUSIA 40 TAHUN.

Elena iaitu ibu kepada Naryana juga turut mengakui yang ia seorang kanak-kanak yang sungguh istimewa, dan tidak hairanlah dengan keistimewaan yang ada pada Naryana yang terserlah dan mampu dirasai oleh siapa saja yang melihatnya sehingga dia diambil sebagai seorang model.

Kesemua foto pada artikel ini adalah hakmilik Boredpanda.com  .

Komen