Browse By

Kanak-Kanak 12 Tahun Hamil Anak Dengan Suami 40 Tahun

CELUPAR.COM: Perkahwinan di usia muda itu selalunya mendatangkan kejanggalan pada kebanyakan masyarakat moden pada hari ini.

Walaupun orang sering berkata, “itu sudah jodohmu” tetapi janggal tetap janggal apatah lagi ketika anda melihat seorang kanak-kanak itu sedang mengandung, dan lebih mengejutkan lagi apabila diketahui sang suami adalah seorang lelaki dewasa yang sudah pasti layak dipanggil ayah atau datuk.

Dilansir dari asiantown.net, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun (2016) dikatakan hamil bersuamikan seorang lelaki berusia 40 tahun.

Pada mulanya kanak-kanak itu dikatakan pergi ke hospital di kota Xozhou, wilayah Jiangsu untuk memeriksa kehamilannya, bersama dengan suaminya mengaku yang mendakwa isterinya berusia 20 tahun.

Namun dari perwatakannya, menurut seorang kakitangan hospital itu, yang isteri kepada lelaki itu kelihatan terlalu muda untuk dikatakan berusia 20 tahun.

Malahan turut kelihatan isteri yang mengandung itu seolah tidak selesa dengan keadaan hospital tempatnya diperiksa bersama dengan suami dan seorang wanita tua yang mengaku sebagai ibu mertuanya.

Wanita tua itu juga mengatakan yang dia sekadar mahu mengetahui samada kandungan menantunya dalam keadaan baik atau tidak, tetapi ketika pihak hospital meminta sebarang bukti pengenalan diri dari si isteri, wanita itu pula memarahi mereka dan meminta agar melakukan sahaja pemeriksaan tanpa banyak soal.

Atas keraguan itu, pihak hospital akhirnya menghubungi pihak polis untuk melakukan soal siasat dan ternyata kanak-kanak itu sebenarnya berusia 12 tahun dan disyaki berasal dari Vietnam, malahan tidak tahu berbahasa Mandarin walaupun sedikit.

Dipercayai kanak-kanak itu telah diseludup dari negara Vietnam kerana jenayah pemerdagangan manusia dari Vietnam ke negara China sedang berleluasa ketika ini.

Komen