Browse By

Kanak-Kanak 5 Tahun Dikubur Hidup-Hidup Oleh Ahli Keluarganya Sendiri.

CELUPAR.COM: Kehadiran anak kecil dalam keluarga merupakan satu kebahagiaan yang akan dikecapi oleh mereka yang memiliki naluri keibuan atau kebapaan yang mana ia adalah satu perkara yang cukup indah.

Menghargai kehadiran anak kecil pastinya membangkitkan perasaan memiliki, membelai, dan menjaga yang sememangnya wajib demi kesinambungan hayat ahli keluarga baru mereka.

Berbeza dengan tragedi yang menimpa seorang kanak-kanak di India apabila dianaya oleh ahli keluarganya sendiri yang dengan teganya mahu menamatkan riwayatnya dengan cara kejam.

Kejadian berlaku pada 2014 di Maanpur, India apabila Tanu anak kecil berusia 5 tahun dibawa oleh pakcik dan makciknya berjalan.

Dengan tidak mengenal erti kemanusiaan mereka berdua telah menjerut leher Tanu dengan tali sehingga tidak sedarkan diri.

Disangka telah meninggal dunia, Tanu telah ditanam di sebuah kebun yang kemungkinan besar akan menjadi tempat persemadiannya buat selama-lamanya.

Ternyata hayat Tanu masih panjang dan waktu tersebut dia telah dikategorikan sebagai telah ditanam hidup-hidup oleh kedua pemangsanya.

Pemilik kebun, seorang lelaki bernama Alok Kumar ketika itu sedang berada di dalam kebunnya telah terdengar tangisan kanak-kanak dari dalam tanah dan kerana itu dia berasa sedikit ketakutan.

Berbeza dengan apa yang sebenarnya berlaku di dalam “kubur” itu, Tanu yang telah tersedar dari pengsan bergelut untuk keluar dari lubang tempat dia disemadikan.

Alok Kumar dengan hati yang masih ragu-ragu dan bercampur ketakutan akhirnya telah menggali lubang itu lalu melihat sendiri seorang kanak-kanak kecil yang masih hidup.

Merasa kasihan dengan nasib Tanu, Alok Kumar lalu merawatnya sebelum dilaporkan ke pihak polis di daerah tersebut.

Setelah disoal siasat, Tanu akhirnya memberitahu pihak polis yang dia berasal dari mana dan siapa yang telah memperlakukan perkara kejam terhadapnya.

Pihak polis lantas mengambil tindakan dengan menyebarkan berita tentang Tanu dan akhirnya dia telah dituntut oleh neneknya yang dikenali sebagai Rajrani.

Sumber: Dailymail Co Uk.

Komen