Browse By

Lelaki Ditahan Polis Kerana Memiliki Hello Kitty

CELUPAR.COM: Setiap hari kita akan menonton berita tentang jenayah yang berlaku samada di negara kita sendiri ataupun di luar negeri. Bentuk jenayah yang terjadi terlalu banyak sehingga kadang-kadang ia di luar dari jangkaan kita sendiri.

Di Indonesia, seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis kerana memiliki Hello Kitty yang ramai dari kita tahu Hello Kitty adalah jenama yang melambangkan kelembutan apatah lagi jenayah, jauh sekali.

Selain memiliki Hello Kitty, Indra Budiansyah, 46, berasal dari Martatinda, Samarinda Ulu didakwa turut memiliki beberapa jenis pil lain yang sejenis dengan Hello Kitty yang dimilikinya.

Dia ditahan pada 12 September lepas di Jalan Banggeris ketika sedang menunggu pelanggannya untuk urusan jual beli Hello Kitty tersebut.

Menurut Indra, pil khayal Hello Kitty yang berwarna merah dan mempunyai lambang Hello Kitty itu dijualnya hanya kepada orang dewasa sahaja memandangkan harganya yang cukup mahal iaitu Rp450 ribu (RM142) bagi setiap biji, yang mana diakui oleh Indra yang dia membelinya dengan Rp350 ribu (RM111).

Komen dari pihak polis daerah itu yang diwakili Teguh Wibowo, pil khayal jenis itu (Hello Kitty) adalah sejenis pil khayal yang baru dan ia sangat popular di kalangan remaja.

Dengan tertangkapnya Indra, Teguh juga mengesahkan yang mereka akan melanjutkan siasatan terhadap pil yang dimiliki oleh Indra.

Sumber: TribunNews.

Komen