Browse By

Viral Video Kanak-Kanak ‘Tuhan’ Disembah Di India?

CELUPAR.COM: Bagi penganut agama dari seluruh dunia, menyembah kepada tuhan masing-masing merupakan perkara paling utama agar hubungan di antara peyembah dengan tuhannya sentiasa terpelihara.

Sebagai kewajipan ataupun bertujuan untuk meminta berkat, justeru manusia itu wajib untuk lebih mengenali tuhan agar kesinambungan hidup di dunia ini sentiasa terpelihara.

Di India seorang kanak-kanak yang zahirnya tidak memiliki fizikal seperti kanak-kanak lain yang sebaya dengannya, mendapat keistimewaan dari penduduk setempat yang melihatnya.

Sebuah video yang dilansir dari sebuah Fan Page Weird Wild World di Facebook memainkan tayangan seorang kanak-kanak yang dianggap dan disembah sebagai tuhan oleh penganut agama Hindu di tempat itu.

Kanak-kanak itu yang berasal dari Jalandhar, India bernama Pranshu memiliki mata yang lebih besar dan kelihatan tidak seperti saiz normal dianggap sebagai Ganesh Ji (Tuhan Hindu – berdasarkan sumber video).

Selain dari bentuk mata yang berbeza, Pranshu juga memiliki kaki yang sememangnya tidak sempurna namun masih mampu untuk berjalan dan melalui kehidupan seperti kanak-kanak lain dengan pergi ke sekolah termasuklah ketika dia sedang “memberi berkat” kepada orang ramai.

Dalam kenyataan Pranshu, dia tidak berasa kekurangan dengan bentuk fizikalnya malah kesemua rakan-rakan di sekolahnya dapat menerima serta tidak mengejek dengan keadaan dirinya.

Berdasarkan video yang dilansir tersebut, kebanyakan dari penduduk di Jalandhar mengenalinya dan sering meminta berkat dalam kehidupan mereka setiap kali bertemu dengan Pranshu.

Komen