Browse By

Wanita Dengan Bulu Mata Terpanjang Di Dunia

CELUPAR.COM: Sering kita dengar tentang rekod yang dicatatkan mengenai yang “ter” di antara yang lainnya. Ada yang terpanjang. ada yang terpendek. terlama, terlambat, dan banyak lagi ter yang lainnya.

Di dalam kebanyakan “ter” ini ada yang memiliki umur terpanjang, ada juga yang memiliki ketinggian tertinggi, ada juga yang memiliki rambut yang terpanjang, ataupun kuku terpanjang.

Namun ada sesuatu yang berbeza kali ini jika bercerita tentang yang “ter”panjang ini kerana di China, seorang wanita dikenali sebagai You Jinxia memiliki sesuatu yang paling di antara wanita seluruh dunia, iaitu bulu matanya.

Sememangnya ramai dari wanita akan menggunakan bulu mata palsu yang lebih panjang dan melentik untuk kelihatan lebih cantik dan menarik tetapi You pula kelihatan berbeza dari yang lain kerana bulu matanya yang panjang dan cukup panjang (lihat gambar).

You berkata, dia menyedari akan perihal bulu matanya yang tidak pernah gugur malah tumbuh semakin panjang bermula tahun 2013, dan berlanjutan selama 18 bulan selepas itu (tanpa gugur).

Bulu mata You berukuran 4.88 inci atau lebih kurang 12.4 centimeter dan dengan panjang itu menjadikan You sebagai wanita yang memiliki bulu mata terpanjang, dan perkara ini telah diiktiraf oleh Guinness  World Records.

Komen