Browse By

Wanita Sedang Menggendong Anak Mati Ditetak Oleh Suami

CELUPAR.COM: Sumarni seorang ibu dan isteri yang sedang menggendong anaknya akhirnya terbunuh setelah mendapat libasan parang dari suaminya sendiri.

Kejadian yang berlaku di Pekanbaru, Indonesia bermula ketika suami (nama tidak dinyatakan) baru sahaja selesai menunaikan solat subuh dan tanpa diketahui oleh tetangga, dia telah mengamuk.

Dalam amukan tersebut, Sumarni ketika itu yang sedang menggendong bayinya berusia 9 bulan telah cuba untuk mengelak kerana tidak mahu bayinya terkena libasan gila dari suaminya.

Berjaya menyelamatkan bayinya dari mangsa hayunan parang suaminya, Sumarni pula yang telah terkena libasan itu di bahagian punggung.

Usaha untuk menyelamatkan diri dan anaknya, akhirnya Sumarni melarikan diri bersama dengan bayi dan anak lelakinya Ilham, sambil berteriak memintan tolong dan meninggalkan suaminya di dalam rumah.

Dengan keadaan luka di punggung, bahu, belakang kepala, tangan, perut, dan berlumuruan darah, kejiranannya cuba untuk menyelamatkan Sumarni dengan membantu membalut lukanya serta  membawanya ke hospital, namun usaha mereka ternyata gagal kerana akhirnya Sumarni telah meninggal dunia di hospital di Pekanbaru.

Menurut beberapa saksi berkata, ketika ditanya Sumarni malah tidak mengakui yang dia telah ditetak oleh suaminya sendiri malah menyatakan itu telah menjadi nasibnya.

Menurut kepala desa (ketua kampung) di Balam Jaya, Pekanbaru, Abdullah, mengatakan tidak ada kedengaran suara dengan nada tinggi yang menandakan pasangan suami isteri bergaduh tetapi tanpa diduga kejadian amuk itu tiba-tiba sahaja berlaku.

Abdullah juga mengatakan tidak diketahui punca utama sang suami itu mengamuk dan menetak isterinya kerana, Sumarni juga langsung tidak memberitahu sebabnya malah cuba untuk merahsiakann kejadian walau ketika dia sedang berjuang menahan kesakitan.

Punca kecederaan utama Sumarni akhirnya diketahui setelah anak lelakinya Ilham sendiri yang mengatakn bahawa ibunya telah ditetak oleh ayahnya sendiri.

Sumber: Tribunnews.

 

Komen