Browse By

Penantian 38 Tahun: Pasangan Gay Di Jerman Yang Pertama Kahwin.

CELUPAR.COM: Tentangan terhadap perkahwinan sejenis merupakan isu pertama jika dipandang dari sudut keagamaan. Tidak ada satu pun agama mahupun kepercayaan sosial yang membenarkan perkahwinan jenis ini.

Walaupun telah terbukti melalui kitab agama yang mana suku bangsa telah dihancurkan kerana perilaku seperti ini, namun di dunia moden hari ini yang dikatakan masyarakatnya lebih terbuka (atau berbagai lagi faktor lain) tuntutan untuk membenarkan pasangan sejenis untuk dikahwinkan di bawah undang-undang yang sah.

Di Amerika Syarikat sahaja, Barrack Obama yang ketika itu menjadi Presiden  telah meluluskan undang-undang untuk golongan ini berkahwin dan ia telah disambut dengan baik oleh semestinya dari pasangan sejenis ini.

Di United Kingdom juga telah terjadi pasangan yang menganut agama penentang kepada perilaku ini juga turut berkahwin secara sah menurut undang-undang negara itu.

Kali ini, buat pertama kali dalam sejarah Jerman sepasang kekasih lelaki dan lelaki melangsungkan perkahwinan mereka di bawah undang-undang baru di Jerman.

Pasangan itu dikenali sebagai Karl Kreile dan Bodo Mende telah bersama sejak 38 tahun dahulu dan hanya pada hari ini ikatan mereka disahkan oleh undang-undang negara Jerman.

Sebelum ini sejak 2001, kerajaan Jerman tidak mengambil tindakan terhadap pasangan sejenis yang tinggal bersama malah boleh mendaftarkan status mereka sebagai pasangan sahaja tetapi dalam masa yang sama tidak ada peruntukan khas untuk mereka diisytihar sebagai suami dan suami.

Dan pada Jun tahun ini, Parlimen Jerman telah bersidang dan mengadakan undi tentang kesamarataan berkenaan isu tersebut dan akhirnya dengan undi dari anggotanya maka rang undang-undang baru telah diluluskan untuk perkahwinan sejenis, yang mana akhirnya pasangan Karl Kreile dan Bodo Mende menjadi pasangan gay pertama diiktiraf sebagai suami dan suami di negara itu.

Komen