Browse By

Lelaki 87 Tahun Disahkan Memiliki Anak Lebih 1300 Orang Setelah Menjalani Ujian DNA

CELUPAR.COM: Pekerjaan sebagai posmen adalah satu pekerjaan yang menuntut petugas itu harus pergi dari rumah ke rumah untuk menghantar surat berdasarkan alamat yang tertera pada setiap surat.

Di Amerika Syarikat, seorang lelaki berusia 87 tahun pernah bertugas sebagai seorang posmen di Nashville, Tennessee sekitar tahun 60 an dahulu disahkan memiliki anak lebih dari 1300 orang.

Seorang penulis buku, Anthony Kendall yang menjadi ketua dan pengelola kepada pencarian tersebut bersama dengan seorang lagi penyiasat persendirian bernama Sid Roy telah memulakan pencarian dan jejak anak-anak dari lelaki itu yang berterabur di merata tempat, kemungkinan besar dia akan mempunyai hubungan dengan suri rumah yang didatanginya untuk menghantar surat.

Pencarian jejak itu bermula pada tahun 2001 apabila Sid Roy didatangi oleh dua lelaki yang ingin mencari jalur keturunan mereka.

Setelah beberapa ujian dilakukan ternyata mereka berdua memiliki punca keturunan yang sama, dan semakin ditelusuri semakin ramai memilik DNA yang sama.

Kes itu mendapat perhatian dari Anthony Kendall lalu dia bersetuju dengan Sid untuk mencari punca sebenar keturunan atau adik beradik yang semakin lama semakin ramai.

Akhirnya diketahui ia berpunca dari satu sumber sahaja iaitu seorang posmen yang kerjanya menghantar surat dari rumah ke rumah.

Setelah pencarian selama 15 tahun, akhirnya jumlah yang berjaya dikumpul dari di kalangan anak-anak posmen tersebut mencapai sehingga 1300 orang dan ia disahkan melalui DNA.

Apabila ditanya, dia cuma menyatakan 60 an adalah satu momen yang cukup indah, dan dia tidak memiliki petua atau tips untuk mendapat kekasih yang ramai melainkan dia pada zaman mudanya dikatakan mirip dengan seorang selebriti hollywood bernama Johnny Cash.

Tindakan undang-undang terhadapnya tidak pernah dibuat kemungkinan besar usia dan para suami atau kekasih di yang menjadi ibu kepada anak-anaknya sudah lama meninggal dunia ataupun tidak pernah kisah lagi.

Menurut Sid Roy pula, kemungkinan besar anak yang dimilikinya lebih banyak dari yang telah disahkan setakat ini.

Anthony Kendall pula memberi komen dengan menyatakan tidak lama lagi buku tersebut akan diterbitkan olehnya dan segalanya akan terungkap mengenai latar belakang lelaki yang dikatakan mirip dengan Johnny Cash.

Sumber: http://worldnewsdailyreport.com/dna-tests-prove-retired-postman-has-over-1300-illegimitate-children/

Komen