Browse By

Selamat Dalam Kemalangan Yang Membunuh Ayahnya, Seminggu Kemudian Terbunuh Dalam Kemalangan Lagi.

CELUPAR.COM: Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah terlibat dalam kemalangan bersama ayahnya di Kepala Batas, Seberang Prai Utara pada minggu lepas terselamat walaupun ayahnya tidak dapat diselamatkan.

Seminggu kemudian kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Muhammad Aseem Mohd Khalil, dibawa untuk merawat lukanya di Klinik Kesihatan Penaga kesan dari kemalangan sebelum ini.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia bersama ibunya, adiknya berusia 7 bulan, dan pakciknya yang juga pemandu kereta yang mereka naiki terlibat lagi dengan kemalangan di Kepala Batas.

Kereta jenis Persona yang mereka naiki telah terbabas lalu merempuh sebatang pokok di Permatang Durian yang menyebabkan Aseem meninggal dunia serta merta sementara ketiga yang lain selamat dan telah dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan.

Jenazah Aseem dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pekan Muslim, di Kubang Rotan bersebelahan dengan pusara ayahnya Muhamad Khalil Abdul Gani yang berusia 32 tahun ketika meninggal dunia.

Menurut datuk kepada Aseem, Azahar Saffar, 58, Aseem pernah bertanya kepada ibunya berkenaan syurga dan mahu ibunya agar menghantarnya ke sana (syurga).

Komen