Browse By

Viral Video Lelaki Memukul Orang Tua Dengan Rotan

CELUPAR.COM: Mengasari insan lain adalah satu perkara yang tentunya tidak baik kerana kemungkinan seseorang itu mengalami kecederaan ataupun membahayakan nyawa.

Di media sosial telah banyak perkara memukul orang lain telah dirakam samada untuk tujuan memberi pengajaran kepada orang lain atau juga untuk memberi amaran kepada mereka yang terlibat, ataupun untuk sekadar suka-suka sahaja.

Di Facebook satu video berdurasi seminit lebih telah diunggah yang memainkan satu tayangan lelaki tua kemungkinan dalam 60 tahun telah dipukul dengan rotan oleh lelaki yang mungkin berumur 50 tahun lebih.

Berdasarkan video, lelaki yang dipukul seolah menerima pukulan tersebut dan sememangnya sedang kesakitan manakalai seorang lagi wanita kemungkinan isterinya juga seolah merayu untuk dilepaskan.

Seorang lagi kanak-kanak kelihatan sedang berdiri sekadar melihat kejadian yang sedang berlaku.

Apapun kejadiannya, admin tidak pasti punca sebenar kerana admin tidak boleh berbahasa seperti di dalam video berkenaan.

Sumber: tertera pada video.

Komen