Browse By

Viral Video 2 Sekawan Anjing Asal Ada Eksiden Mesti Datang Dulu.

CELUPAR.COM: Seperti lazimnya setiap kali ada kemalangan pasti ada yang datang untuk meninjau keadaan kemalangan samada untuk menolong, menjenguk sahaja, atau setidaknya kawan atau keluarga yang terbabit, ataupun juga pihak berkuasa, dan tidak kurang juga yang datang sekadar untuk berselfie mahupun ber video live untuk diunggah ke media sosial.

Dengan bunyi dentuman dari hentakan yang kuat pasti menarik perhatian kepada mereka yang berada di sekitar tempat kemalangan.

Dilansir dari Fan Page Sukan Star TV, sebuah video kurang dari 1 minit memainkan tayangan mengenai beberapa kemalangan di tempat yang sama tetapi berlainan masa yang mana akan ada 2 kelibat anjing berwarna hitam dan putih yang sering ada malah yang terlaju datang ke lokasi kejadian berbanding orang ramai apatah lagi pihak berkuasa.

Melucukan kedua ekor anjing ini akan berlari dan melihat sahaja apa yang terjadi dan kemudian melakukan U-Turn untuk pulang. Tidak ada apa-apa selepas itu.

Walaubagaimanapun tidak ada info lanjut mengenai lokasi, pemilik, waktu, dan 2 ekor anjing tersebut.

Sumber: Sukan Star TV – sstv.my .

Komen